Mengapa saya tidak dapat mengemas kini nombor mudah alih saya? Ia mengatakan nombor sudah digunakan.
Jika anda menghadapi kesukaran untuk mengemas-kini nombor mudah-alih anda, ia mungkin kerana nombor tersebut sudah dipautkan dengan Akaun GX Biz yang sedia ada. Berikut adalah dua kemungkinan:
- Akaun Sedia Ada: Ada kemungkinan anda sudah mempunyai Akaun GX Biz yang didaftarkan dengan nombor mudah alih yang sama. Sila cuba ingat semula PIN bank anda dan log masuk. Jika anda terlupa PIN, sila rujuk artikel kami tentang cara menetapkannya semula.
- Kitar Semula Nombor: Nombor telefon boleh dikitar semula oleh penyedia perkhidmatan, bermakna nombor anda sekarang mungkin pernah digunakan oleh orang lain. Jangan risau, ini tidak akan membenarkan pemilik sebelumnya mengakses Akaun GX Biz anda, tetapi mungkin masih ada maklumat lama yang wujud.
Jika anda telah mengesahkan bahawa anda tidak mempunyai Akaun GX Biz dengan nombor yang sama dan mengesyaki ia kes kitar semula nombor, sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan. Untuk mengemas kini nombor mudah-alih anda, kami akan memerlukan bukti pemilikan, seperti rakaman skrin daripada aplikasi penyedia perkhidmatan anda atau gambar bil pembayaran telefon yang jelas yang menunjukkan nama dan nombor anda.