Bagaimanakah saya boleh berhenti menerima e-mel pemasaran daripada GXBank?
Untuk berhenti menerima e-mel atau notifikasi pemasaran, ikuti langkah berikut:
- Log masuk ke aplikasi GXBank anda.
- Pilih bahagian "Profil" di skrin utama.
- Pilih "Notifikasi dan E-mel".
- Nyahaktifkan jenis notifikasi atau e-mel tertentu yang anda tidak lagi ingin terima.
Dengan mengikuti langkah ini, anda boleh menarik balik kebenaran dan menguruskan keutamaan notifikasi anda.
Sila ambil maklum bahawa walaupun anda boleh mematikan notifikasi pada peringkat aplikasi, kami mengesyorkan agar anda kekalkan notifikasi diaktifkan pada peringkat peranti untuk memastikan anda menerima makluman transaksi penting dan notifikasi sembang pada masanya. Ini akan membantu anda kekal dimaklumkan dan mendapatkan sokongan dengan segera apabila diperlukan.