Apakah jenis data peribadi yang dikumpulkan oleh GXBank?
Kami mungkin mengumpul, menggunakan, memproses atau mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan perniagaan, audit, pematuhan atau perundangan. Contoh Data Peribadi yang mungkin kami kumpulkan termasuk nama anda, maklumat perhubungan, alamat, tarikh lahir, maklumat pekerjaan, butiran kewangan dan perbankan, serta keutamaan anda. Sebahagian daripada maklumat yang kami kumpulkan mungkin merupakan Data Peribadi sensitif, seperti nombor pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan maklumat kewangan. Kami mengumpul data ini mengikut undang-undang yang terpakai bagi memastikan pematuhan dan perlindungan maklumat anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai "Data Peribadi yang kami kumpulkan", sila rujuk Dasar Privasi Data kami di https://gxbank.my/data-privacy-policy.