Apakah manfaat yang saya peroleh sebagai Peniaga Grab yang mempunyai Akaun GX Biz?
Sebagai Peniaga Grab dengan Akaun GX Biz, anda menikmati:
- Faedah harian 2.5% setahun eksklusif untuk Peniaga Grab
Kadar faedah harian 2.5% setahun ini terdiri daripada 1.0% setahun kadar asas + 1.5% setahun kadar bonus jika anda adalah Peniaga Grab.
- Penyelesaian Tunai Hari yang Sama
Dengan Akaun GX Biz, nikmati hasil perniagaan anda dengan penyelesaian tunai pada hari yang sama daripada aplikasi Peniaga Grab anda.