Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Bagaimanakah faedah harian dikira?

 

Faedah dikira berdasarkan formula berikut:

Jumlah Faedah = Baki akhir hari × (Kadar Faedah / Jumlah Hari dalam Tahun)

  • “Baki akhir hari” merujuk kepada baki dalam Akaun Induk anda pada penghujung hari.
  • Titik perpuluhan kedua akan dibundarkan, dimana jika angka perpuluhan ketiga 5 atau lebih, ia akan dibundarkan ke atas. Jika kurang daripada 5, ia akan dibundarkan ke bawah. Contoh adalah seperti berikut:
    • 0.02499 dibundarkan menjadi 0.02
    • 0.02501 dibundarkan menjadi 0.03
    • 0.99999 dibundarkan menjadi 1.00
    • 0.99199 dibundarkan menjadi 0.99
  •  “Jumlah Hari dalam Tahun” merujuk kepada 365 untuk tahun biasa atau 366 untuk tahun lompat, bergantung kepada tahun tertentu bagi baki akhir hari tersebut yang dikira.

Contoh untuk (2.5% setahun × 366):

Hari 1 (1 Okt 2024): Anda mendeposit RM50 semasa pembukaan akaun
Baki akhir hari = RM50
Kadar faedah = 2.5% setahun
Jumlah hari = 366

  • Kadar faedah harian = 2.5% / 366 = 0.00006830601093
  • Faedah harian = 0.00006830601093 × RM50 = RM0.003415300546
  • Faedah dibundarkan = RM0.00

Pada hari kedua (2 Okt 2024), anda mendeposit tambahan RM2,000 ke akaun

Baki akhir hari = RM2,050
Kadar faedah = 2.5% setahun
Jumlah hari = 366

  • Kadar faedah harian = 2.5% / 366 = 0.00006830601093
  • Faedah harian = 0.00006830601093 × RM2,050 = RM0.1400275557
  • Faedah dibundarkan = RM0.14

Pada hari ketiga (3 Okt 2024), tiada aktiviti deposit atau pengeluaran dilakukan pada akaun

Baki akhir hari = RM2,050.14
Kadar faedah = 2.5% setahun
Jumlah hari = 366

  • Kadar faedah harian = 2.5% / 366 = 0.00006830601093
  • Faedah harian = 0.00006830601093 × RM2,050.14 = RM0.1400371204
  • Faedah dibundarkan = RM0.14
  • Was this article helpful?