Apakah yang berlaku jika akaun saya kekal dorman selama enam (6) tahun?
Jika Akaun GX Biz anda kekal dorman selama enam (6) tahun, baki yang tinggal akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut (RUM) mengikut Akta Wang Tak Dituntut 1965. Anda akan menerima notifikasi yang memaklumkan bahawa akaun anda telah dorman selama enam (6) tahun. Selepas pemindahan dibuat, akaun anda akan ditutup.