Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Sistem pengendalian manakah yang menyokong GXBank?

 

Aplikasi GXBank kini tersedia untuk peranti yang mengunakan:

  • iOS 15 ke atas
  • Android 12 ke atas

Kemaskini Penting untuk Pengguna Android:

Mulai Oktober 2024, kami telah menghentikan sokongan untuk peranti yang menggunakan Android 11. Perubahan ini adalah untuk memastikan keselamatan maklumat peribadi dan kewangan anda.

Apa yang anda perlu lakukan: Jika anda menggunakan peranti dengan Android 11, anda masih boleh menggunakan aplikasi ini sehingga Oktober 2024. Selepas tarikh ini, anda mungkin akan kehilangan akses kepada ciri-ciri atau perkhidmatan tertentu.

Tindakan yang Disyorkan:

  1. Kemas Kini Peranti Anda: Naik taraf kepada Android 12 dan keatas untuk terus menggunakan perkhidmatan kami dengan selamat selepas Oktober 2024.

  2. Pertimbangkan Peranti Baharu: Jika peranti anda tidak boleh dikemas kini, kami mengesyorkan anda menukar peranti baharu yang sesuai dan memenuhi piawaian keselamatan terkini sebelum tarikh akhir Oktober 2024.

Kami sedang berusaha untuk meluaskan ketersediaan aplikasi GXBank kepada lebih ramai pelanggan. Kami menghargai kesabaran anda dan menggalakkan anda untuk sentiasa mengikuti sebarang pengumuman atau kemaskini berkaitan aplikasi ini.

Untuk maklumat terkini mengenai keserasian peranti dan ketersediaan aplikasi, sila layari laman web rasmi kami atau hubungi pusat bantuan kami.

 

  • Was this article helpful?