Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Bagaimanakah saya boleh membuat pembayaran dengan Kad GX saya melalui MyDebit?

 

Sebelum anda membayar: Perhatikan logo MyDebit. Anda biasanya boleh menemuinya di pintu masuk kedai atau juruwang. Ini mengesahkan kedai dilengkapi untuk menerima pembayaran MyDebit.

Semasa pembayaran: Maklumkan kepada juruwang bahawa anda ingin membayar dengan MyDebit.

Selepas pembayaran: Semak resit pembayaran bercetak daripada terminal kad. Jika anda melihat logo MyDebit atau perkataan "MyDebit", transaksi anda ialah transaksi MyDebit.